12 PENDEKATAN MEMOTIVASIKAN PELAJAR
Written by pahlaila abdullah   
Tuesday, 05 January 2010

 







1. Penerangan Yang Jelas.

 a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
 b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?
 c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
  d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

2. Ganjaran.  Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang
kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan   
pelbagai bentuk ganjaran.Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap
pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.

3.Tetapkan Matlamat.  Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamatuntuk setiap mata pelajaran yang diambil.  Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.  
 
4.Ambil Berat.  Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka.  Memahami adalah lebih baik dari menghukum.  Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.
 
5.Penglibatan Pelajar.  Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran.  Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan,penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu.Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan.
 
6.Penuhi Keperluan Pelajar.  Guru mestilah sedar bahawa setiap
belajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. 
 
7.Lebihkan Pembelajaran Visual.  Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan.  Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut.  Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.
 
8.Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.  Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang.  Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi.  Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan.  Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. 
 
9.Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik.  Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya.  Tanam dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’.  Pecahkan sebarang halangan minda terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’.
 
10.Terima Pelajar Seadanya.  Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin.  Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu.  Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata.  Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk.  Disinilan berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang.  Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini.  Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya.  Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka. 

11.Berikan Kata Perangsang – Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda.  Ulangi kata-kata ini.  Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar.
 
12.Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan Mesra.

 

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Tuesday, 05 January 2010 )