Laman Utama arrow PKG Bota

AKTIVITI PKG BOTA 2009

JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com

TERKINI

Penyelenggaraan Peralatan ICT di sekolah-sekolah kelompok PKG Bota pada tahun 2010 akan diuruskan oleh syarikat  yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat penyelenggaraan akan diberitahu apabila pihak PKG dimaklumkan kelak.
 
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bota sedang merancang tarikh pemantauan PSS , ICT dan NILAM sekolah-sekolah kelompok . Pemantuan dijangka akan dimulakan pada bulan MAC 2010 . Semua sekolah khususnya GPM dan GPB diminta bersedia kerana pemantauan ini akan menggredkan pusat sumber dan inisiatif ICT sekolah masing-masing . Terima Kasih
 
Pusat Kegiatan Guru Bota menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan pengguna terutamanya sekolah-sekolah kelompok. Kami menyediakan 4 buah bilik berhawa dingin untuk mesyuarat , taklimat dan bengkel . Pusat Sumber Darul Ulum menyediakan kemudahan membuat rujukan ,  pinjaman buku ,CD , CDRI dan VCD . PKG Bota juga menyediakan kemudahan mengakses internet menggunakan teknologi wireless . Kami mengalu-alukan kedatangan semua ke PKG Bota . SmileCoolLaughing
 
Semua sekolah akan dibekalkan dengan Kampus Astro dalam masa yang terdekat ini . Sekiranya sekolah tuan telah menerimanya, sila maklumkan kepada PKG Bota dan pastikan Kampus Astro tersebut dalam set yang lengkap, dipasang dengan sempurna dan sedia ditonton. 
 

Mesyuarat JK Program dan Aktiviti PKG Bota Bil 1: 2010  akan diadakan pada 2 Mac 2010 ( Selasa ) . Semua AJK dijemput hadir. Sekian terima kasih .

Mesyuarat AJK Pengurusan PKG Bota Bil 1:2010 akan diadakan pada 5 Mac 2010 ( Jumaat ) . Semua AJK dijemput hadir . Sekian terima kasih . 

 

SIAPA DI TALIAN

We have 2 guests online

TOPSITES

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals Ranking Web Pendidikan

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

WEBMAIL

ANDA DARI MANA

Pusat Kegiatan Guru Bota Print E-mail
Written by pahlaila abdullah   
Wednesday, 15 July 2009
ImageImage
PUSAT KEGIATAN GURU BOTA
32600 BOTA PERAK


    PKG Bota terletak dalam kawasan SK Bota Kanan dan 100 meter daripada Pekan Bota . PKG Bota telah dibangunkan pada tahun 1991 dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Asiah Abu Samah ,Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 5 September 1992.PKG Bota , PKG berbangunan sendiri dan Penyelaras Pertamanya ialah En. Ismail Yunus dari tahun 1991 – 2004. Bermula dari bulan Mac tahun 2005 , pentadbiran PKG Bota diketuai oleh oleh Pegawai Teknologi Pendidikan ,dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir, Juruteknik Komputer dan seorang PRA . Pegawai Teknologi Pendidikan 1 ialah Pn. Pahlaila Abdullah , Pengawai Teknologi Pendidikan 2 , En. Zamzuri Ismail ,  Pembantu Tadbir , Cik Sarina Usop , Juruteknik komputer , Cik Nurzawani Norddin dan PRA , Halim Mohaidin . April 2010 , PTP1 telah bertukar ke sekolah dan pentadbiran PKG Bota diterajui oleh PTP2 .
  •  Waktu operasi
  • bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari hari Isnin hingga hari Jumaat kecuali cuti umum .

  • VISI
  • Pusat Kegiatan Guru Bota  Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan

  •  MISI
  • Untuk melahirkan guru-guru setempat yang kreatif dan inovatif dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran serta mahir dalam penggunaan dan penghasilan alatan mengajar yang berteraskan teknologi pendidikan demi mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tanpa menjejaskan Falsafah Pendidikan Negara.

  • PIAGAM PELANGGAN
  • Bertekad untuk memberi perkhidmatan yang sempurna, kemaskini, cekap dan teliti dalam melaksanakan segala program
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui kerjasama, kesungguhan usaha, peka, responsif terhadap keperluan-keperluan pelanggan.

Comments
Add New Search
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.20 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Wednesday, 26 May 2010 )
 

RENUNGAN

Allah s.w.t berfirman , ertinya ;

" Maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk menjalankan urusan masing-masing ), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah " 

  ( Al-Jumu'ah :10  )

Sabda Rasulullah s.a.w , ertinya :

" Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia melakukan yang terbaik " 
                                                                  ( Diriwayatkan oleh Ahmad  )                                                                                                                                          

PAUTAN

  

 
 

LOGO NILAM.jpg
BRG.jpg
tarantula.jpg
kampus astro.jpg
  
 

PESANAN

Latest Message: 20 minutes ago

You have to login before you can shout!

STATISTIK PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini55
mod_vvisit_counterSemalam66
mod_vvisit_counterMinggu Ini297
mod_vvisit_counterBulan Ini220
mod_vvisit_counterKeseluruhan22437