Satu Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah ( SPPICTS ) secara online telah disediakan untuk diisi oleh guru penyelaras sekolah dengan menggunasama data SMPP / EMIS untuk mengelakkan pertindihan data. Sistem ini digunapakai untuk melihat penggunaan ICT di sekolah .
Support Ticketing System / Sistem Pelaporan Masalah ( STS ) merupakan satu inisiatif ICT yang menyokong pelaksanaan perkhidmatan sokongan ICT KPM. Sistem ini digunakan untuk mengenalpasti secara sistematik masalah ICT .
Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah
kelompok PKG Bota yang telah melengkapkan maklumat SPPICTS . Tarikh akhir
pengisian maklumat sebelum 30 Mac 2009 . Kerjasama dipohon kepada
sekolah yang belum melengkapkan SPPICTS . Keperihatinan dan kerjasama tuan-tuan amat dihargai dan terima kasih .