Bahagian Teknologi Pendidikan , KPM sedang mendapatkan status terkini
Pusat Sumber Sekolah seluruh Malaysia . Sehubungan dengan itu GPM atau
Penyelaras PSS diminta mengemaskini data-data tersebut melalui portal http://bibliografi.moe.edu.my atau klik pada ruangan "Pautan : Tarantula , Penarafan PSS ".Hubungi PKG untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan . Kerjasama dan sokon
gan anda amat dihargai . Terima Kasih .
Tahniah kepada semua sekolah yang telah selesai dan menggred pusat sumber masing-masing .
LAPORAN STATUS PROGRAM NILAM
Sila isikan laporan status program NILAM berakhir 30 September 2009 melalui ruangan "Pautan : Pengisian Data NILAM Online"
dan tulis komen atau maklumkan kepada PKG setelah berbuat demikian .
Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai dan terima kasih .
SISTEM PENGURUSAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH ( SPPICTS )
Kutipan data Sistem Pengurusan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) kali ketiga akan dimulakan pada 14 September dan dilanjutkan hingga 30 Oktober 2009. Mohon kerjasama GPB dan Penyelaras ICT untuk mengendalikan kutipan data ini melalui website : http://ssqs.moe.edu.my atau klik pada " Pautan SSQS " dalam laman ini . Gunakan kod organisasi dan kata laluan yang sama. Kerjasama dan sokongan anda amat dihargai. Terima Kasih. Tahniah kepada sekolah yang telah selesai 100 % menjawab SPPICTS .