Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bota sedang merancang tarikh pemantauan PSS , ICT dan NILAM sekolah-sekolah kelompok . Pemantuan dijangka akan dimulakan pada bulan MAC 2010 . Semua sekolah khususnya GPM dan GPB diminta bersedia kerana pemantauan ini akan menggredkan pusat sumber dan inisiatif ICT sekolah masing-masing . Terima Kasih
Satu Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah ( SPPICTS ) secara online telah disediakan untuk diisi oleh guru penyelaras sekolah dengan menggunasama data SMPP / EMIS untuk mengelakkan pertindihan data. Sistem ini digunapakai untuk melihat penggunaan ICT di sekolah .
Support Ticketing System / Sistem Pelaporan Masalah ( STS ) merupakan satu inisiatif ICT yang menyokong pelaksanaan perkhidmatan sokongan ICT KPM. Sistem ini digunakan untuk mengenalpasti secara sistematik masalah ICT .
Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah
kelompok PKG Bota yang telah melengkapkan maklumat SPPICTS . Tarikh akhir
pengisian maklumat sebelum 30 Mac 2009 . Kerjasama dipohon kepada
sekolah yang belum melengkapkan SPPICTS . Keperihatinan dan kerjasama tuan-tuan amat dihargai dan terima kasih .
Pihak Pengurusan dan Pentadbiran PKG Bota mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan , KPM , Tn. Hj. Mohd Adenan b. Deraman sempena lawatan kerjanya ke PKG Bota dan melancarkan laman web dan automasi pusat sumber PKG Bota . Terima Kasih juga kepada Yang Berusaha Timbalan Pengarah JPN , Tn Hj. Muhamat Roli Hj Hassan yang turut sama menghadiri majlis .
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah , Tn Hj. Mokhtar Mat Dris dan JK Pengelola Majlis terutamanya sekolah-sekolah kelompok PKG Bota kerana membantu untuk menjayakan majlis ini .
Semoga Allah sentiasa meramati segala niat dan amal kerja kita . Insyallah.